aku bukan penulis jalanan....


sinopsis
Cinta Nur dan Amin ibarat bintang-bintang yang bergermerlapan. Namun perjalanan hidup yang sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan.
Dek tidak tahan menanggung kepedihan dan kekecewaan, Nur membuat keputusan pergi membawa hati yang terluka setelah Amin mula berubah sikap. Nur mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terhenti apabila Amin telah membuat pengakuan bahawa dia telah menerima Farah dalam hidupnya, seorang gadis yang berusia 20an yang lebih berusia daripada Nur dan Amin serta berperwatakan manja dan ‘caring’ terhadap Amin.
Nur ibarat tulip yang layu sewaktu musim panas. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Namun, sampai bilakah ia akan bertahan??? ikuti cerita selanjutnya........


Nur tersenyum tatkala melihat foto wajah seseorang yang amat dirinduinya itu. Pantas menyimpan kembali foto itu di dalam diarinya lalu bangun dari katilnya menuju ke meja study dan mengambil handphone yang telah dicasnya lalu membuka mesej yang disimpan di dalam inbox handphone itu. “Nur tlalu istimewa tuk Amin. Memang Amin takot sgt3 ilang Nur. Bb 2 klu jd pape Amin b’usaha mcm2 cra tuk pjok Nur. Amin xpnah syg org mcm Amin syg Nur... Amin xsnggop ilang Nur. Amin nk sgt3 jd kn Nurul is3 Amin. Amin xksh pngai Nur mcm na skali pn. Prasaan syg Amin t’hdp Nur tlalu kuat.” itulah mesej yang dihantar Amin sewaktu mereka masih bersama dahulu ianya masih kekal disimpan Nur hingga kini.

Nurul Qeesha Zehra merupakan seorang gadis periang, kulitnya hitam manis dan lincah orangnya kini menuntut di sebuah kampus di Malaysia. Bermulanya kisah cintanya sewaktu Nur menerima tawaran untuk belajar di aliran teknikal di sekolah yang pernah diduduki kakaknya Nurul Qeesha Khaleeda, Nur berada di tingkatan 4 dimana Nur berada di kelas yang sama dengan Amin dalam Jurusan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Amirul Amin Noor seorang jejaka pendiam, kulitnya hitam manis dan mempunyai lesung pipit di pipinya. Nur sangat meminati aliran mekanikal kerana minatnya timbul sewaktu Nur berada di tingkatan 1, abangnya telah membuka sebuah bengkel motosikal, dan Nur selalu diarah abangnya untuk mencuci enjin motor dan lain-lain, dari situlah minat Nur terhadap kerja-kerja yang dilakukan lelaki timbul dalam dirinya.Nur merupakan seorang pelajar ‘hostel’ manakala Amin merupakan pelajar ‘outsider’. Sewaktu di kelas Nur tidak pernah bertegur sapa dengan Amin kerana kurang selesa dengan sikap Amin yang selalu mempertikai rakan sekelasnya Jue, ada saja yang tidak kena dimatanya. Sikap Amin seolah-olah anti perempuan membuatkan Nur amat membenci Amin. Lama kelamaan Amin mula bertegur sapa dengan Jue dan banyak yang dikongsi dengan Jue. Kata Jue, Amin baru putus cinta dengan kekasihnya, mungkin disebabkan itu juga Amin kurang senang dengan perempuan, Nur just dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Di kelas Amin duduk bersebelahan dengan seorang pelajar yang bernama Aliff, gempal dan tinggi orangnya, kulitnya putih merah dan beranak mata coklat, macam anak mat salleh pun ada. Nak dijadikan cerita, Aliff merupakan rakan kepada sahabat baik Nur sewaktu di sekolah lamanya. Dari situlah mereka mula berkawan.

Tanpa disedari Nur, Aliff mula mendekatinya sewaktu di kelas mereka jarang bercakap, tetapi Aliff selalu mengirim surat kepada Nur tentang hajatnya ingin bersahabat dengan Nur. Di kelas, Nur seorang pelajar yang suka membuat bising, suaranya yang kuat tidak memerlukan pembesar suara, Nur juga seorang yang mudah naik angin apabila diusik oleh pelajar lelaki. Bukan itu saja, Nur juga penah bertelingkah dengan seorang pelajar lelaki sehingga berlaku pergaduhan yang tidak disangka-sangka gara-gara mengutip duit kelas. Aliff sangat meminati Nur kerana sikap Nur yang garang dan tegas katanya. Sikap Aliff yang selalu mendekati Nur sewaktu di kelas membuatkan semua pelajar sedar akan perasaannya itu sehinggakan guru yang mengajar di kelas itu juga turut mengatahuinya. Cik Kaisara merupakan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas Nur, biasanya Cik Kaisara akan mengusik Aliff kerana Aliff seorang yang sangat sensetif, apabila di usik dan apabila berasa malu, mukanya akan jadi kemerah merahan seperti memakai ‘blusher’.

Aliff merupakan lelaki pertama yang mendekati Nur sewaktu berada di kelas, sewaktu minggu pulang ke kampung Aliff tidak akan melepaskan peluang untuk bermesej dan berbual dengan Nur. Lama kelamaan Aliff menyatakan hasrat hatinya terhadap Nur, Aliff terlalu mengambil berat akan Nur, sakit demam Nur, tambahan pula Nur sering sakit kerana mengidap penyakit gastrik. Aliff sangat menyayangi Nur, namun ianya masih tidak dapat membeli perasaan Nur untuk menggangap Aliff lebih dari seorang rakan dan ianya bukan penghalang hubungan akrabnya dengan Aliff walaupun Nur telah menolak perasaan Aliff terhadapnya. Sikap Nur yang tidak pernah berahsia dengan ibunya membuatkan ‘family’ Nur tahu mengenai Aliff. Nur memang tidak pernah berahsia dengan ibunya semenjak ayahnya telah meninggal dunia, bagi Nur ibu segala-gala bagi nya, tiada rahsia antara mereka itulah tempat mengadu, menangis dan bermanja. Dalam persahabatan pasti ada goyahnya, lama kelamaan Aliff terkantoi juga, bermain mata dengan pelajar di kelas Awam, Yaya pelajar yang tinggal satu dorm dengan Nur, tapi lantaklah “lelaki memang tak boleh dipercayai” itulah ayat yang selalu diungkapkan oleh Nur.

Nur seorang gadis yang kasar, di kelasnya Nur penah digelar ‘tempang’ oleh rakan-rakannya  kerana nur jalan terincut incut akibat kakinya bengkak terkena bola hoki, setiap petang Nur akan pergi bermain hoki untuk memenuhi masa lapangnya kerana malas pergi kelas prep petang di asramanya. Cuti sekolah sudah dekat, peperiksaan juga sudah hampir. Malas study dan duduk bergosip memang itulah rutin sewaktu tiada guru di kelas. Sedang Nur berbual dengan rakannya “wehh Amin tu dok pandang sapa?? dari haritu lagi aq tengok dia asyik usha-usha sini, hah, aku tunggu ja bukak skolah t, nak tengok dia dengan sapa antara hampa, mesti ada antara hampa ni, secret admire ni.....” ujar Nur kepada kaka, sara dan mimi.

Tamatnya cuti sekolah, bermulanya hari baru di sekolah, Nur sudah berada di tingkatan 5. Namun targetnya terhadap kaka, sara dan mimi tersasar, tiada siapa yang berhubung dengan Amin, disebaliknya tiada siapa yang tahu. Pelajar tingkatan 5 dikehendaki buat final projek untuk spm, so boleh pilih group dengan siapa pun. Nur dan Jaja mengundang Amin ke group mereka kerana mereka tahu Amin seorang yang kreatif dan bijak mengenai komputer, kata Amin ‘aku x kisah, asal hampa buat keja jugak sudah’. Huh!! bahagia hidup, tapi ada jugak yang kurang senang dan tidak berpuas hati, abaikan. Aliff agak terasa hati, tetapi dia juga telah memilih ahli kumpulannya sendiri, so tak boleh nak salahkan Nur. Jarum mula jalan, Mimi mengambil kesempatan terhadap Aliff, memburuk burukkan Nur agar Aliff membenci Nur, mudahlah dia nak gunakan Aliff untuk kepentingganya, beli makanan, beli topup, simpan handphone dan lain-lain lagi. Aliff pula tidak berfikir panjang sedangkan dia tahu Nur bagaimana orangnya.

Amin selalu membantu Nur untuk membeli barang-barang untuk menghias kelas kerana Nur menjadi ajk keceriaan di kelasnya, itu disalah aggapkan Mimi kepada Aliff bahawa setiap petang Amin dan Nur berdating, lagi lah Aliff sakit hati. Aliff serbu tak pakai topi, marah Nur dan kata sesedap rasa membuatkan Nur sangat marah, paling tak boleh dilupakan Nur kata Aliff “Nur duri dalam daging” dan Amin pula “tikam belakang kawan”, Aliff mempegaruhi rakan-rakan kelas yang lain sehingga mereka tidak mempedulikan Amin, “ya Allah” Amin mangsa keadaan. Nur tekad berkawan dengan Amin, biarlah apa orang nak cakap sebab Amin tak bersalah dalam hal tersebut. Nur sedih tak terkata, perasaan Nur remuk bila memikirkannya, Aliff pula sudah mula berfoya-foya dengan Nani pelajar kelas akaun di sebelah kelas, Nani pula berkawan rapat dengan Fika kawan baik Nur, jadi Nani selalu menceritakan perihal Aliff kepada Nur. Sakit hati, kekadang menangis juga Nur dibuatnya walaupun perasaannya terhadap Aliff sekadar teman tapi mesra.

Hari demi hari berlalu, Nur dan Amin semakin rapat. Setiap hari Amin akan datang ke tempat Nur dan bertanya “dah siap ka folio??” itulah ayat Amin setiap kali sehingga Jaja perasan akan sikapnya itu, “aku tengok Amin tu mcm syok kat ko je” perkataan itu keluar dari mulut Jaja sewaktu sedang berbual dengan Jue di dalam kelas Prep malam “aku pun perasan” ujar Jue” walaupun berlainan kelas, tapi Jue selalu datang kelas Nur, “Hah, merapu... tak mungkin la” ayat Nur setiap kali diusik Jaja dan Jue. Sebelum balik cuti penggal semester, Nur ambil no handphone Amir kerana Nur kurang gemar bagi no handphone nya kepada sesiapa, dalam masa yang sama ada juga yang pasang telinga dan salin sekali no yang Amin berikan, Sara memang gayanya seperti minat akan Amin, tetapi Nur pura-pura tak tahu sebab Sara memang begitu sikapnya. Balik kampung Nur mesej Amin, hari demi hari Nur semakin rapat dengan Amin, memang tetunggu-tunggu minggu balik kampung untuk bermesej dengan Amin. Komitmen Amin kelihatan jelas bagi Nur apabila Amin sanggup datang ke rumahnya, Aliff pun tak seberani Amin. Mulanya Nur rasa janggal juga, Nur cuma orang sedarhana, segan dengan ibu, kawan lelaki datang rumah, belum pernah lagi selain Pie dan Haidi kawan sekampung Nur yang biasa bertandang kerumahnya apabila hari cuti, ada kawan pun cuma di sekolah semasa form 3, tu pun kawan setakat di sekolah. Sesuatu yang membuatkan Nur tertarik dengan diri Amin, sikap Amin terhadap ibunya dan family nya, Amin sangat menghormati ibunya, Amin berbudi bahasa, Nur pun tidak sebegitu. Apabila di sekolah memang sukar berhubung dengan Amin, ada saja mata-mata yang memerhati jadi Nur dan Amin gunakan buku untuk berhubung tanya khabar dan lain-lain. Walaupun Aliff sudah jauh dari hidup Nur, tapi Aliff selalu memerli Nur dan Amin di dalam kelas. Aliff seolah-olah sengaja hendak mencetuskan pergaduhan.

Hari berganti hari, bulan berganti-ganti, perasaan Amin dan Nur sudah bertukar sayang. Nur yang tidak pernah bercinta berfikir hendak series dengan Amir setelah mendapat support dari rakan-rakanya, tetapi macam-macam dugaan pula yang melanda perhubungan mereka, Amir merupakan atlet sekolah, selalu pula ada training, Ayu memang minat Amin agaknya, waktu habis training mereka bergambar, dengan Amin pula duduk rapat-rapat, Amin tak pernah cakap apa-apa mengenai Ayu, sehinggakan Nur sendiri sedar akan pertemuaan mereka setiap kali pulang dari sekolah. “arhhhhh, jeloussss!!” bergaduh juga Nur dan Amin gara-gara cemburu, Nur yang ego tidak pernah mengaku persaannya itu, kadangkala Amin seolah-olah tak memahami hati perempuan, atau sengaja pura-pura tak faham.

Sweetnya, setiap kali habis waktu persekolahan, Nur dan Amin akan jalan bersama, Nur akan hantar Amin sampai ke kantin, Jue dan Jaja sudah memahami rutin harian Nur, tunggu atau balik hostel dulu itu bisa diatur. Nur biasanya akan membawa helmet Amin, Jue pernah tulis nama Nur dan Amin atas helmet itu, membuatkan Nur mengganggap itu sesuatu yang bermakna dalam perhubungan mereka, Nur keluar ‘outing’ Amin akan ikut jalan sama atau follow dari belakang, beruntungnya Nur, Hari Raya Amin dan Nur raya bersama-sama keluarga Nur,bahagia rasanya. SPM sudah menghampiri, Nur mula berasa tension, marah dan tekanan yang dialami akan dilepaskan pada Amin, tetapi Amin tidak pernah marah, malah Amin pujuk Nur sedangkan Nur tahu salah itu salah dirinya. Amin sangat menyanyangi Nur, sikap Nur amat menguji orang yang mendekatinya, Jue selalu menasihati Nur tapi bagi Nur tu salah satu challange bagi orang yang menyayangginya, “nak tengok berapa lama dia tahan dengan aku, lau dia sayang aku mesti dia takkan tinggal aku”. Hari jadi Nur, kenduri arwah ayahnya dibuat sama dengan tarikh hari lahirnya, Nur tidak tahu yang ibunya menjemput Amin turut serta dalam majlis itu, Amin datang bersama rakan-rakanya. Amin bersama Nur sewaktu Nur memotong kek, paling tidak boleh dilupakan, muka Nur dicalit Amin krim kek selepas menyuap Nur. Sewaktu hendak pulang, Amin memberikan sekeping kad dan kotak merah buat Nur dihadapan keluarganya, Nur membuka kotak tersebut dan dilihatnya seutas rantai berloketkan love.. bersorak keluarga Nur mengusik. Rantai tersebut dijaga rapi oleh Nur, baginya barang itu sangat bernilai bagi dirinya.

Amin selalu tanya Nur, “siapa Amin pada Nur??” Nur biasa jawab sambil lewa, anggap Amin macam tak ada perasaan “kawan kelas,x lebih” padahal dalam hati membuak-buak rasa sayangnya terhadap Amin, Nur memang ego, tidak dinafikan Nur anggap Amir seperti tiada persaan, Nur tahu Amin terasa dengan jawapannya tapi Nur anggap mudah. Waktu lapang dipenuhi untuk bermesej, berani mati, sanggup bawa atau share handphone dengan rakan dorm untuk mesej Amin, sehinnga waktu spm tiba, masih boleh bermesej, bila tak boleh jawab paper keesokkan nya, Amin la biasanya orang yang akan jadi sasaran Nur, nak salah Amin, Nur pun mesej juga tapi Nur tidak pernah memikirkan salahnya, masing-masing tak boleh kawal perasaan sayang tu, tapi ego Nur selalu menduga Amin sehinggakan Nur tak dapat keputusan yang baik dalam spm pun Amin yang menjadi mangsa, tak dapat masuk ‘U’ Amin juga yang kena,tapi Amin tetap tidak menyalahkan Nur kerana Amin sangat menyayangi Nur. Sewaktu lepasan spm Amin sempat berkerja di Pizza Hut, setiap minggu hari cuti Amin, sampai lah Amin di hadapan rumah Nur, tempat Amin berkerja disitulah mulanya Amin kenal Farah, bermulanya sebagai adik dan kakak, Amin selalu menceritakan masalahnya kepada Farah apabila Amin bergaduh dengan Nur. Tidak lama kemudian Nur pula berkerja di mini market berdekatan rumahnya, keluar 8.00pg sampai 8.00 malam. Balik kerja sudah penat, mesej dengan Amin pun dah jarang-jarang, kalau mesej akan jadi gaduh, Nur mudah marah bila letih. Salah Nur juga tak beritahu Amin yang dia telah berkerja, bagaimana Amin hendak memahaminya, birthday Amin pun Nur tak wish, Nur tertidur waktu tunggu jam 12malam sewaktu hendak wish birthday Amin kerana terlalu penat berkerja. Hadiah terakhir dari Nur teddy bear yang dibeli sama untuk Amin dan Nur juga memilikinya. Amin selalu meluangkan masa dengan Nur dan family sehinggakan family Nur menggangap Amin seperti keluarga sendiri, Ibu Nur akan salahkan Nur apabila Nur bergaduh dengan Amin kerana sangat memahami sikap anak gadisnya yang degil, itu membuatkan Nur lagi sakit hati dengan Amin, tetapi perasaan sayangnya terhadap Amin tak pernah berubah atau berbelah bagi.

Tawaran menyambung pelajaran diterima, Nur akan pergi ke kampus untuk menyambung pengajiannya, sebelum pergi Amin ada datang kerumahnya, sempat juga mereka bergambar sebelum Amin pulang, itulah kali terakhir mereka bergambar bersama.
Bermulanya Nur belajar di kampus, hidupnya setiap hari diselubungi Assingment, tidak pernah putus tugasan diberikan pensyarah, Amin selalu mesej Nur, tanya khabar tapi Nur kadang-kadang abaikan Amin terlalu memikirkan tugasan sehingga kadang-kadang tak tidur malam. Mungkin disebabkan itu Amin banyak meluangkan masa dengan Farah kakak angkatnya. Amin pernah tersalah send mesej pada Nur sewaktu sedang bermesej dengan Nur sebelum pergi ke kelas, tapi bila Nur tanya, Amin menafikannya, sehingga mencetuskan pergaduhan. Nur mula bosan dengan Amin, abaikan Amin, mesej bila rindu, sekali sekala ada juga Nur ym dengan Amin. Perhubungan mereka sudah menjadi renggang, Amin meminta Ibunya mengirimkan coklat kepada Nur sewaktu hari jadi Nur, membuatkan Nur mula berhubung dengan ibu Amin,tp Amin juga tidak wish birthday Nur pada hari jadinya, Amin balas dendam kea?? abaikan..... peperiksaan akhir semester sudah hampir, di suatu petang sewaktu menghadiri training hoki di kampus, Nur menerima pangilan telefon daripada ibu Amin “Nur tahu tak Amin excident??” soal ibu Amin. Nur seolah-olah tak percaya. Nur telefon Amin bertanyakan hal sebenar, Amin jawab halai balai pada  Nur dia memang excident, kenyataan adalah benar. Terasanya Nur masa tu, Amin seolah dah tak pedulikan Nur.

Nur tak boleh pergi melawat Amin, bukan tak nak, setiap malam Nur menangis dan memeluk erat baju Amin yang ada dalam simpananya, memikirkan final exam, Nur memang tak boleh pergi melawat Amin, katanya kakak angkatnya Farah yang jaga Amin, mana Nur masa ni?? Amin patah kaki, membuat tanggapan pada Nur yang Nur akan tinggalkan dia kerana dia dah tidak sempurna, ya Allah seandainya Amin tahu Nur amat menyayangi dirinya sepenuh hati, perkataan terakhir yang keluar dari mulut Amin sewaktu mereka berbual di telefon adalah “Amin rasa kakak angkat Amin yang layak jaga Amin” “baguslah” jawab Nur,  “ok fine, mulai hari ni Amin akan couple dengan Farah Alia bt Kassim” kata Amin, hancur hati Nur macam kaca yang terhempas kelantai, Nur langsung tak study untuk jawab paper engineering science keesok kan harinya, tawakal apa yang terjadi. Dalam hati dan fikiran Nur hanya fikir Amin. Sampainya hati Amin... dia tidak tahu Nur amat menyayangginya. Nur lost contact dengan Amin sementara waktu, sehingga paper tamat . Nur pulang ke kampung, malam itu kakak Nur dan family nya on9 facebook, dan terlihat gambar Amin di hospital, malam itu Nur tak boleh tidur, teringat Amin, 3pagi Nur on9, melihat gambar amin di hospital, Nur menangis teresak-esak, tekad keesokan harinya mahu melawat Amin di hospital. Pagi-pagi lagi Nur sudah bangun. “ibu boleh Nur melawat Amin hari ni??” tanya Nur, mulanya ibunya berat hati nak melepaskan Nur pergi melawat Amin seorang diri menaiki bas, tetapi ibu memahami perasaan Nur dan melepaskan Nur pergi melawat Amin, pertama kali menjejakkan kaki ke butterworth, terkapai-kapai Nur dibuatnya, nasib baik ibu Amin memberikan panduan kepada Nur tentang bas yang perlu dinaiki untuk ke hospital.

Setibanya di hospital, Nur tidak dibenarkan masuk kerana belum tiba waktu melawat, “aduhh dah lah tak boleh lama nak balik naik bas, nanti bas tak da...”, Nur memberitahu Ibu Amin dan ibu Amin memberikan pas lawatanya, reaksi muka Amin agak terkejut sewaktu melihat Nur menolak pintu biliknya, kelam kabut Amin tarik selimutnya kerana Amin tidak berbaju ketika itu, mungkin Amin segan dan terkejud dengan kedatangan Nur.Sedihnya melihat keadaan Amin, kalaulah Amin suami Nur, rasanya Nur sudah memeluk Amin dan menangis di pangkuannya tetapi Nur pura-pura senyum dan cuba membuat Amin tersenyum, hibanya hati Nur, Amin seolah-olah tak mempedulikannya, Amin main handphone tak berhenti, dan kemudian menerima panggilan dari seorang wanita, mungkin itu Farah, manjanya Amin berkata-kata dengan wanita itu. Perasaan Nur kecewa teramat sangat, Nur tulis sepucuk surat kata terakhir buat Amin jika memang Farah pilihan hatinya, Nur undur diri. Nur pulang dengan kekecewaan, balik rumah pula dibasahi hujan di tengah jalan, handphone mati sewaktu perjalanan pulang, “malangnya”. Amin mesej Nur selepas membaca surat yang Nur tinggalkan “Nur kita mula dari awal, bagi Amin masa” tetapi perasaan Nur yang kecewa buat Nur tekad membawa diri, ada juga contact Amin, tetapi tak seperti dulu, setiap kali mesej Amin akan memberikan alasan sakit kaki untuk berhenti mesej, Amin mesej pakai kaki agaknya, Nur tahu itu cuma alasan Amin. Pergaduhan besar berlaku sewaktu Nur pergi tournement hoki, sewaktu sedang training di turf, Amin on9 facebook Nur, Amin mesej Nur tanya tentang seorang budak lelaki yang berchat dengannya di facebook, Nur sendiri tak tahu siapa, tapi bermacam tuduhan yang Amin berikan.

Pergaduhan demi pergaduhan, Amin dan Nur benar berpisah, Amin bersama Farah.. Amin buzz Nur di ym untuk menunjukkan gambarnya bersama Farah, kekecewaan menyelubungi hati Nur, tekadnya Nur untuk melupakan Amin. Semester 2 bermula, Nur mulakan hidup baru, Nur berkawan dengan rakan sekelasnya Haizam, seorang yang sangat pendiam dan low profile walau baru berkenalan, rasanya selesa dengan sikap Haizam, tidak pernah bercakap sewaktu di kelas, cuma bermesej.kadangkala Nur sangat rindukan Amin, ikut hati mahu dimesejnya Amin tetapi Nur menahan diri, sebelum final axam Nur tekad untu bertanya kepada Amin masihkah ada ruang dihatinya untuk Nur, atas dorongan sahabatnya sewaktu sedang mereka study bersama Nur tekad bertanyakan perkara tersebut kepada Amin tetapi jawapan Amin ‘tidak’, katanya dia kini sangat menyayangi Farah, fikir nak berkahwin dengan Farah, Alhamdulilah hati Nur dapat menerima jawapan yang diberikan Amin dengan terbuka walupun hakikatnya Nur kecewa.

Tak pernah contact Amin lagi di semester 3, kadang kala ada no telefon Amin miss call di handphone Nur, tapi bagi Nur myb Amin tersalah tekan. 3hari selepas birthday Nur, Amin miss call Nur kembali, baring tunggang langgang Nur di katil fikir mengapa Amin miss call. Nur call Amin dan bertanya kepadanya, rupanya Amin cuma hendak wish birthday Nur aje pun... Amin dan Nur mula contact kembali. Amin teringin sangat nak jumpa Nur, dalam hati Nur kalau boleh tak mahu dia berjumpa dengan Amin lagi. Nak dijadikan cerita, sewaktu cuti sem, sebelum melangkah ke semester 4, family Nur pergi berjalan ke rumah saudaran mereka dan singgah ke supermarket dimana tempat Amin berkerja, kakak Nur mengajak Nur pergi ke Maxis centere untuk membayar bil, dimana ianya berada satu tempat dimana Amin berkerja, sewaktu perjalanan keluar setelah selesai membayar bil, kelihatan belakang seorang pemuda berjalan dihadapan mereka, caranya dan gayanya persis seperti selalu dilihat, “Amin tu, betul la, aku tak salah orang” ujar Nur kepada kakaknya. “Pergi la jumpa” ujar khaleeda. Nur mengikut Amin dari belakang, Amin tidak sedar akan kehadiran Nur, sampai di tempat motor Amin berhenti dan menoleh, Amin sudah tidak cam akan Nur, Nur berkaca mata besar, mengikut peredaran trend sehingga Amin tidak cam akannya, melihat khaleeda baru Amir sedar dihadapannya itu adalah Nur. “Buat apa kat sini?? datang dengan siapa” tanya Amin.. “datang bayar bil, datang dengan family” ujar Nur, Amin membuka begnya dan mengeluarkan buger dan diberikan kepada Nur, “buat apa ni, xpelah lagipun Amin nk makan” ujar Nur. “xpela bukan selalu jumpa” ujar Amin.

Amin, Nur dan Khaleeda menuju ke Nagoya untuk berjumpa dengan family Nur, disitu Amin berjumpa kembali dengan family Nur, family Nur meminta bantuan Amin untuk carikan rumah sewa untuk Nur kerana Nur akan menjalani praktikal pada semester 4 di kawasan berdekatan,
Haizam amat bimbang akan Nur, mahu pula berjauhan dengan Nur, tetapi kini masing-masing telah mengikut haluan masing-masing, Amin muncul semula dalam hidup Nur, tetapi hubungan mereka sudah tidak seperti dulu, masing-masing kadangkala tidak mempedulikan sesama sendiri, entah apa kesudahannya, bagi Nur melihat Amin merungkap 1000 kenangan lalu. Nur tinggal berdekatan rumah keluarga Amin, boleh dikatakn ada juga mereka terserempak sekali sekala, namun mereka tidak banyak berkomunikasi, hanya melihat sesama sendiri, Nur tertanya-tanya akan perasaan Amin yang sebenar, ada kalanya Amin mengatakan dia masih menyayangi Nur, memberikan Nur sejuta harapan, kadangkala Amin mengatakan dia tiada perasaan pada sesiapa membuatkan Nur keliru dengan diri Amin, mungkin Amin ada pilihan dirinya sendiri tetapi dia sukar memuat pilihan atau ada sesuatu yang disembunyikan dari Nur dalam dirinya. Bagi Nur, selama dia kehilangan Amin, untuk series berhubungan dengan sesiapa amatlah sukar.


to be continue...


Nur merasakan perasaannya terhadap Amin mulai pudar. Nur sudah jarang-jarang menghantar pesanan ringkas pada Amin. Amin juga pernah menghantar mesej padanya mengenai perasaan yang sama dirasainya. Nur mula putus asa untuk memikirkan Nur setelah sesorang hamba Allah yang telah datang berjumpanya dan mengatakan bahawa Amin tidak akan kembali dalam hidupnya, bermulanya detik itulah Nur mula menerima kenyataan dan perasaannya terhadap Amir mula luntur. Sewaktu menjalani latihan Nur sering keluar bersama Jue, meluangkkan masa untuk berceritakan tentang pengalaman dan diri masing-masing setelah tamat tingkatan lima. Nur juga sering keluar berfotografi bersama Jue, mereka memang sangat minat bergambar, masa cuti Nur kadangkalanya diluangkkan bersama Jue untuk keluar bergambar. Amin jarang-jarang berkhabar berita, ada juga Jue menggungkitkan kisah lama Nur dan Amin, membuatkan Nur ingat akan Amin, namun Nur redha dengan ketentuan Allah. Ada juga Nur mesej Amin untuk bertanya khabar sama seperti kawannya yang lain, cuma kadangkala muncul perasaan sayang itu ketika bersama Amin.

Mengungkit kisah lama apabila rakan baik Aliff, Haries yang menjalani latihan bersama Nur menceritakan kisah sewaktu Aliff bersama Nur, katanya nama Nur tidak lekang dari mulut Aliff, setiap kali mereka keluar bersama, Aliff sentiasa menceritakan tentang Nur, "sakit telinga kami ni hang tau.." kata Haries. Bagi Nur walaupun Aliff seorang yang nakal sewaktu di zaman persekolahan, Nur tahu yang Aliff seorang yang penyayang dan caring. Beruntung Kaka rakan sekelasnnya dahulu, kini dia bersama Aliff. Nur tidak tahu banyak mengenainya, namun nur mendoakan kebahagiaan mereka bersama, bagi Nur Kaka tetap sahabatnya, dan Nur gembira melihat sahabatnya bahagia. Cukup mengembirakan hati Nur apabila dapat bertemu dengan rakannya Yayah dan Jue rakan baiknya sewaktu di tingkatan lima, Kaka menghilang begitu sahaja, Jaja pula masih berhubung dengan Nur, itu sudah cukup baginya. Nur telah bersahabat baik dengan Jue, Yayah, Kaka dan Jaja sewaktu di tingkatan lima, walaupun mereka tidak sekelas tetapi mereka sebilik di asrama, sering bersama tidak kira kemana. Mereka memang antara pelajar yang nakal sewaktu di asrama, ponteng prep, fly asrama, outing haram sudah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka, mengigati kisah lama menggungkit 1001 kenanggan dalam hidup Nur sewaktu di zaman sekolah. Satu antaranya sewaktu bersama Amin, itulah yang membuatkan Nur sukar untuk melupakan Amin dalam hidupnya. Nur sendiri tidak tahu pengakhiran cerita hidupnya itu.

Hari lahir Amin , Nur tidak pernah lupa untuk mengucapkannya, teringat sewaktu Nur berada di dalam Latihan Prajurit Muda, Nur curi-curi untuk mengucapkan selamat hari lahir pada Amin, Nur tidak minta Amin menghargai segala pergorbanan dirinya itu kerana bagi dirinya hidupnya kini ibarat tin kosong... bukanlah seperti lagu Najwa Latif- kosong tapi macam lagu ni
Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah cukup cukup sudah

Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja